Sidi Oraza
Sidi Oraza

Sidi Oraza

Dato’ Sri Sidi Oraza (lahir Syed Osman Bin Syed Rastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang bekas pelakon lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.[1]Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.[2] Kini beliau bergelar usahawan dan membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.[3]

Sidi Oraza

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Datin Sri Tengku Ismawati Badrulzaman (berkahwin 1989)
Tahun aktif 1980 - 2004
Anak 5
Kelahiran Syed Osman bin Syed Rastan
(1965-10-31) 31 Oktober 1965 (umur 54)
Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia